Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Alhamduluillah, dengan izinNya, dapat juga saya terbitkan penulisan pertama di blog ini. Sebelum ini saya hanya menulis dan mempromosi di Facebook dan Instagram sahaja. Semoga dengan adanya blog ini, saya dapat merekodkan dengan lebih baik perjalanan perniagaan saya ini.
Saya tidak mahu terlalu serius dengan Kedai Aur saya ini. Dalam masa yang sama juga saya tak mahu main-main dengan perniagaan yang baharu ini. Keapada yang pernah mengenali saya sebelum ini, mungkin ada yang tahu perjalanan karier senilukis saya. Terima kasih saya ucapkan dan selamat bertemu kembali.
Kedai Aur ini kedai apa sebenarnya?
Kedai Aur ini ialah sebuah kedai dan studio lukisan. Tempat saya melukis, bertemu pelanggan, siapkan tempahan, pejabat pun iya juga. Bertempat di Jeti Nelayan Pulau Duyung, Kampung Duyung Kecil, Pulau Duyung, Kuala Terengganu, Malaysia.
Ketika entri ini ditulis, kedai belum siap lagi. Al maklumlah, modal sikit-sikit. Yang penting tanpa hutang atau pinjaman. Nak tengok gambar, gambar kedai tak siap ada la.

Maka dengan itu, bersabarlah hendaknya dan teruskan mengikuti perkembangan terkini.
Wassalam.
Taib Aur
+60177193599

Comments
Post a Comment